Posted by : bestari semesta Sabtu, 5 Oktober 2013


Melalui laman sembang, anda boleh:
berkomunikasi dengan rakan lama;
bertemu dengan rakan baru;
berinteraksi dengan beberapa orang rakan  pada masa yang sama; dan
berbual dengan kemudahan kamera web (webcam) untuk berkongsi pendapat dan bertukar pandangan antara satu sama lain.

Pelbagai kemudahan disediakan untuk anda  berkomunikasi bersama rakan-rakan anda secara langsung seperti Skype, Yahoo  Messenger, WeChat, ChatOn dan sebagainya.

Apabila anda sedang berbual secara dalam talian (online):

A. Jangan berikan apa-apa maklumat peribadi mengenai diri anda, seperti nama penuh anda, nombor telefon peribadi, alamat rumah atau sekolah. Bagaimanapun, mungkin tidak menjadi masalah sekiranya anda memberitahu mereka negeri atau bandar di mana anda tinggal. Jadi, jika seseorang bertanya perkara-perkara seperti itu, cubalah untuk tidak menjawabnya. Kami tahu anda BIJAK!

B. Elakkan dari mengatur pertemuan dengan kenalan yang baru ditemui di Internet. Jika ada yang mengajak anda berjumpa, minta pendapat orang dewasa yang boleh dipercayai. Jika ada yang mengajak anda berjumpa, minta pendapat orang dewasa yang boleh dipercayai.

C. Jika ada orang yang tidak dikenali ingin menjadi rakan anda, pastikan anda pertimbangkan dengan sebaik baiknya atau abaikan sahaja permintaan mereka. Jika anda telah menerima mereka sebagai rakan tetapi tidak mahu berkomunikasi lagi dengan mereka, anda boleh mengeluarkan mereka daripada senarai rakan anda.

D. Hindari dari menunjukkan gambar anda. Dalam dunia siber ini, seseorang yang berniat jahat boleh menjejaki anda walaupun hanya melalui gambar.Anda juga boleh pilih mana-mana gambar yang tidak
menyerupai diri anda, seperti gambar ‘Avatar’ (kartun yang menyerupai rupa anda), pemandangan ataupun gambar haiwan kegemaran anda. Jangan sesekali meletakkan gambar anda yang kurang  sopan di dalam talian. Ia mungkin disebarkan oleh pihak  lain dan anda tidak boleh mengeluarkan semua salinan yang ada di Internet.

E. Jangan mudah terpedaya dengan gambar yang cantik. Ramai yang telah menjadi mangsa penipuan identiti. Seseorang yang berniat jahat akan melakukan apa sahaja untuk menarik minat dan memperdayakan anda dengan menggunakan  gambar palsu sebagai umpan.

F. Ramai orang menggunakan kamera web apabila mereka berbual melalui laman 
sembang. 

✔ Ini adalah cara interaktif untuk melihat rakan-rakan dan keluarga anda ketika 
berinteraksi dengan mereka.
✔ Gambar atau video dari kamera web boleh dirakam dan disimpan, malah boleh 
dikongsi bersama orang lain. 
✔ Berhati-hati dengan segala perbuatan anda di hadapan kamera web. 
✔ Harus diingatkan bahawa kamera web juga boleh merakam (record) semasa 
menggunakannya secara sedar atau tidak sedar. Jadi, berhati-hatilah 
menggunakan kamera web apabila berkomunikasi dengan orang yang anda 
tidak kenal di dunia realiti. 
✔ Jangan lupa menutup selepas menggunakannya

Sumber: Kempen KLIK DENGAN BIJAK SKMM

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -