Posted by : bestari semesta Khamis, 17 Oktober 2013


Program CyberSAFE in Schools telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada September 2010. Program ini adalah kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Sains, teknologi & Inovasi melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM)

Oleh yang demikian, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Debat Keselamatan ICT Peringkat Kebangsaan-Piala CyberSAFE. Perlaksanaan akan dijalankan melalui dua peringkat, iaitu peringkat zon dan peringkat kebangsaan.

Peringkat kebangsaan akan diwakili oleh juara peringkat zon manakala peringkat suku akhir dan separuh akhir akan diadakan pada 11 dan 12 November 2013 di Bahagian Teknologi Pendidkan dan peringkat akhir pada 14 November 2013 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Jika anda berminat boleh ajukan sebarang pertanyaan dan dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi sekretariat pertandingan, Pn Radiah binti Zam Zam di talian 03-20818042.


{ 2 ulasan... read them below or Comment }

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -